PIALA FA

PIALA FA (30)

JDT II teruskan kemaraan

Alor Star: KEDAH 0-1 JDTII. "Syukur" , itulah reaksi Ramzi Haziq Mohd setelah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, Johor Darul Ta'zim II mara keperingkat seterusnya mengatasi Kedah dilaman sendiri dengan jaringan 1 - 0.

Kelantan jumpa Sime Darby suku akhir nanti

Kota Bharu: KELANTAN 1-0 KUALA LUMPUR. Kelantan mara ke suku akhir Piala FA 2015 apabila Wan Zack Haikal yang menggantikan Erwin Carillo menjadi hero menjaringkan gol kemenangan The Red Warriors malam tadi. Kelantan akan bertemu Sime Darby pada suku akhir pertama yang akan berlangsung pada 7 april 2015 nanti. Tahniah Pasukan Kelantan. Terus setia & sayang pasukan anda.

Piala FA: Pahang 1-1 JDT I (Pahang menang penalti 4-2)

Babak kedua masa tambahan diteruskan dengan asakan daripada kedua-dua belah pasukan di perlawanan Piala FA di antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT1).

Keputusan perlawanan Pahang menentang JDT I malam tadi, bakal dinanti penuh debaran oleh pasukan MISC-MIFA pasukan Liga FAM yang sudah mengesahkan tempat di pusingan ketiga Piala FA menewaskan Sungai Ara FC 1-0 jumaat lalu.

Bagi pemerhati dan peminat bolasepak MISC-MIFA mungkin lawan mudah bagi Pahang dan JDT I, namun jika memandang mudah prestasi semasa MISC-MIFA tidak mustahil akan berlaku kejutan lagi dalam saingan Piala FA 2015 ini.

Walaubagaimanapun, keputusan malam ini juga bakal menentukan langkah seterusnya Pahang dan JDT I serta mampukah Pahang mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dipegang tahun lalu? Atau bakal mengikut jejak langkah Naib Juara Piala FA 2014 Felda United tersingkir awal daripada saingan Piala FA 2015.

Namun harus diingat, inilah peluang Pahang menebus aib kekalahan dalam perlawanan Piala Sumbangsih lepas kepada JDT I.  JDT I  yang baru sahaja menjadi viral seluruh dunia dengan jaringan gol lipatan gunting Safee Sali dilihat memiliki peluang memenangi perlawanan ini.

 

 

Page 6 of 8
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree