PIALA FA

PIALA FA (32)

Piala FA: Pahang 1-1 JDT I (Pahang menang penalti 4-2)

Babak kedua masa tambahan diteruskan dengan asakan daripada kedua-dua belah pasukan di perlawanan Piala FA di antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT1).

Keputusan perlawanan Pahang menentang JDT I malam tadi, bakal dinanti penuh debaran oleh pasukan MISC-MIFA pasukan Liga FAM yang sudah mengesahkan tempat di pusingan ketiga Piala FA menewaskan Sungai Ara FC 1-0 jumaat lalu.

Bagi pemerhati dan peminat bolasepak MISC-MIFA mungkin lawan mudah bagi Pahang dan JDT I, namun jika memandang mudah prestasi semasa MISC-MIFA tidak mustahil akan berlaku kejutan lagi dalam saingan Piala FA 2015 ini.

Walaubagaimanapun, keputusan malam ini juga bakal menentukan langkah seterusnya Pahang dan JDT I serta mampukah Pahang mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dipegang tahun lalu? Atau bakal mengikut jejak langkah Naib Juara Piala FA 2014 Felda United tersingkir awal daripada saingan Piala FA 2015.

Namun harus diingat, inilah peluang Pahang menebus aib kekalahan dalam perlawanan Piala Sumbangsih lepas kepada JDT I.  JDT I  yang baru sahaja menjadi viral seluruh dunia dengan jaringan gol lipatan gunting Safee Sali dilihat memiliki peluang memenangi perlawanan ini.

 

 

Piala FA: JDT II 2-1 PKNS

JDT II meneruskan rekod cemerlang kemenangan musim 2015 apabila berjaya menewaskan PKNS 3-0 dan melayakkan diri ke pusingan ketiga Piala FA pada 20/21 mac ini bertemu Kedah di Alor Star

 

Piala FA: T-Team 3-0 ATM

Pasukan TTeam layak ke pusingan seterusnya Piala FA selepas berjaya membenam ATM 3-0 di laman sendiri. Gol pasukan TTeam dijaringkan oleh Farhod minit 101" dan minit 113" dan Safawi Rasid minit 113".

Foto : Mohd Saufee \ www.gawang.my

Page 7 of 8
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree