PIALA FA

PIALA FA (32)

SIDANG MEDIA PERLAWANAN AKHIR SUPERBEST POWER PIALA FA 2016

JOHOR DARUL TA'ZIM LAWAN PKNS FC

"Perlawanan akhir adalah penting bagi Johor Darul Ta'zim. Kami menghormati lawan tetapi tetap berwaspada", kata Mario Gomez, Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim ketika Sidang Media Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam pagi tadi.

Amukan di Stadium Larkin

Seramai 22680 jumlah penonton hadir malam tadi di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus dihidangkan dengan permainan yang sungguh dramatik apabila JDT  berjaya membenam pasukan PDRM FA dengan kemenangan mutlak iaitu 5 berbalas 2.

Kedah Kekal Fokus Hadapi Sabah

Biarpun diatas kertas skuad hijau kuning punya kelebihan berbanding pasukan Sabah menjelang suku akhir kedua SuperBest Power Piala FA 2016, itu tidak menjadi alasan untuk mereka mengambil mudah cabaran yang cuba diberikan oleh pasukan daripada negeri dibawah bayu itu. Ini dibuktikan dengan latihan rapi yang berterusan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe apabila latihan daripada pagi ke petang, daripada latihan gym ke latihan di padang dan sebagainya.

JDT bawa bekalan tipis ke Larkin

 

OLEH : FIRIN

Perlawanan pertama suku akhir di antara Pdrm dan JDT di stadium Hang Jebat di dominasikan oleh anak buah Mario Gomez.

Mario Gomez menurunkan pemain-pemain utama beliau untuk menentang pasukan PDRM dalam perlawanan kali ini.

Pasukan JDT menguasai hampir keseluruhan permainan pada babak pertama kerana sering kali membuat cubaan gol ke pintu gawang PDRM.

Pada minit ke 18,pasukan JDT berjaya menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti oleh pemain importnya iaitu Lucero apabila dia di jatuhkan oleh pemain PDRM ( Faizal ).

Selepas pasukan JDT mendapt gol pertama,pasukan Pdrm menambah baik lagi rentak permainan apabila sering kali membuat cubaan gol ke pintu gawang pasukan JDT,namun gagal di sempurnakan dengan baik.

Babak kedua bermula,anak didik Fauzi Pilus bermain dengan agak baik apabila nampak sedikit perubahan dari bahagian serangan dan pertahanan.

Namun setiap serangan yang di lakukan berjaya di patahkan oleh penjaga gol JDT iaitu Farizal Marlias.

Pasukan PDRM akan bertandang di stadium Larkin pada 2hb 4 2016 pada perlawanan suku akhir kedua bagi menentukan siapa yang akan layak ke pusingan separuh akhir.

Berbekalkan 1 gol,pasukan JDT tidak boleh memandang rendah dengan anak didik Fauzi Pilus.

Keputusan penuh.
PDRM ( 0 ) - ( 1 ) JDT 
Lucero 18'

Foto : Shukur 

Page 2 of 8
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree