PIALA MALAYSIA

PIALA MALAYSIA (37)

Stadium Shah Alam menjadi saksi menyaksikan kelab bolasepak JDT mecipta sejarahnya yang tersendiri apabila muncul juara TM Piala Malaysia 2017 buat pertama kalinya sejak ditubuhkan. Kejayaan itu dilakar setelah  menewaskan juara bertahan, Kedah dengan keputusan 2-0.

Negeri Sembilan dan T-Team Sama Kuat

Paroi 7 Julai, penalti minit akhir perlawanan membolehkan T-Team membawa pulang 1 mata apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3. Negeri Sembilan berada dilandasan terbaik untuk memenangi perlawanan pada malam ini apabila mendahului T-Team pada minit ke-4 hasil jaringan Bruno Suzuki melalui rembatan deras di dalam kotak penalti. Walaupun kurang menguasai permainan, pada minit ke-24 hantaran lintang Lee Tuck berjaya menemui Jonathan Behe dan dengan mudah Behe menolak masuk bagi membolehkan Negeri Sembilan mendahului T-Team dengan 2 jaringan. Bersambung separuh masa kedua, T-Team membuat pertukaran dengan memasukan Norhakim bagi menguatkan jentera serangan. Norhakim tidak menunggu lama untuk mencatatkan nama sebagai penjaring apabila rembatan beliau terbias lalu menerjah jaring Negeri Sembilan pada minit ke-54. Ternyata selepas jaringan tersebut, T-Team menguasai sepenuhnya perlawanan. Gol penyamaan T-Team terhasil pada minit ke-74 apabila rembatan deras dari Fakhrurazi dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Saiful Amar Sudar. Tersentak dengan jaringan tersebut Negeri Sembilan cuba menggandakan asakan ke kubu T-Team tetapi berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan T-Team. Pada minit ke-84 keputusan perlawanan kembali berubah apabila Jonathan Behe berjaya memperdayakan pertahanan T-Team dengan melakukan hantaran menarik kepada Farderin Kadir. Farderin dengan tenang menewaskan Mohd Suhaimi. Kemenangan seakan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan sehinggalah pada minit ke-93 apabila T-Team dihadiahkan sepakan penalti selepas Fauzan menjatuhkan Mahamadou Samassa di dalam kotak penalti. Dilshod Sharofetdinov dipertanggungjawabkan mengambil sepakan penalti dengan tenang menewaskan Saiful Amar Sudar. Keputusan kekal sehingga tiupan wisel penamat.

TM Piala Malaysia 2017 | Lee Tuck Hampakan Pahang

Jaringan Lee Tuck pada minit 76 membolehkan Negeri Sembilan mencuri satu mata di Stadium Darul Makmur. Perlawanan malam tadi sudah semestinya menjadi tumpuan apabila dua perlawanan sebelum ini memihak kepada pasukan Pahang.

PKNS buka perebutan slot suku akhir kumpulan C

TM PIALA MALAYSIA 2016 l  PKNS (2)- (1) Perak.

JDT bedil PDRM

TM PIALA MALAYSIA 2016 : JDT VS PDRM. Pemain JDT Nazrin Nawi berjaya menjaringkan gol ke 4 untuk pasukannya.

Kedah dan T-Team mara ke suku akhir

Tuan rumah, Kedah gagal mengambil kesempatan untuk mengesahkan tempat kesaingan suku akhir sebagai juara kumpulan A selepas akur tewas tipis 0-1 di tangan T-Team hasil jaringan Maiga di awal separuh masa kedua.

Foto: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

Any enquiry for high resolution picture without watermark, please email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. GAWANG DOT MY ( 002198574-P )

Kelantan tempah slot awal ke suku akhir kumpulan B

TM PIALA MALAYSIA 2016: Keputusan penuh:
Kuala Lumpur 0-1 Kelantan ( Piya)

Kedah layak ke suku akhir

TM PIALA MALAYSIA 2016 - KUMPULAN A

Pasukan Kedah meraikan kejayaan menewaskan JDT II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

KEPUTUSAN PENUH

JDT II [2] - [3] KEDAH
(Paulo Rangel 35' / Zaquan Adha 45')
(Smeltz Shane Edwards 13' / Syazwan Zainon 36' / Baddrol Bakhtiar 56')

T-Team capai tiga mata penuh

Makan Konate berjaya meledakkan dua gol untuk TTeam pada minit ke 15 dan 52 dalam aksi Piala Malaysia menentang pasukan Sarawak malam ini.  Gol ketiga T-Team dijaring Zulhanizam. Keputusan penuh T-Team 3-0 Sarawak

Makan Konate meraikan gol pertama pasukan TTeam pada minit ke 15" dalam aksi Piala Malaysia menentang pasukan Sarawak malam ini.

Hatrik Ronaldinho bantu Selangor bangkit

TM PIALA MALAYSIA 2016

Tamat perlawanan diantara pasukan Selangor dan Pahang.

Selangor (3)-(0) Pahang

Foto : Riszal / www.gawang.my

#tmpialamalaysia2016
#selangor
#pahang

Page 1 of 3
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree