PIALA MALAYSIA

PIALA MALAYSIA (37)

Manaf penyelamat maruah Kelantan

Selepas hampir 3 kali ketinggalan, seluruh penyokong dan pemain Kelantan mampu menarik lega dengan penuh dramatis apabila  jarinagan gol disaat tambahan masa telah berjaya membantu Manaf Mamat menjadi penyelamat Kelantan.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua pemain yang diturunkan kerana sentiasa bertungkus lumus memastikan Kelantan pulang dengan satu mata. Jaringan Wander Luiz dan Wan Zack juga antara jaringan penuh mendebarkan kerana kedua-dua jaringan ini masih memberi kelebihan kepada Selangor untuk menang.

Semangat dan kerjasama yang tidak luntur diantara ramuan cemerlang Kelantan pada malam tadi. Kemenangan ini juga boleh dijadikan penanda aras pencapaian Popov yang sedikit pun tidak berputus asa mengerah tenaga, idea dan strategi bagi memastikan Kelantan berada dalam prestasi terbaik meskipun ada beberapa kelemahan di bahagian pertahanan yang patut diperbaiki sebelum perlawanan Liga Super sabtu ini menentang Pahang (23 julai) di Kota Bharu dan selasa depan menentang JDT 1 (26 julai) di Larkin.

Selepas itu perlawanan Piala Malaysia akan bersambung kembali dengan Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur di Kota Bharu pada sabtu (30 julai). Tugas berat menanti skuad The Red Warriors ini dalam memastikan pasukan terus konsisten dan mampu mengembalikan sokongan seluruh penyokong Kelantan yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kantung KAFA yang kerap terdedah di media massa tempatan sehingga tidak dapat diselindungkan lagi.

AYUH JIKA ANDA MASIH ADA JIWA KELATE. AYUH KITA SAMA-SAMA MENGEMBALIKAN KEMERIAHAN DAN MEMBANTU BOLASEPAK KELATE KITO. BERSATU DEMI KELATE. GOMO KELATE GOMO.

Salinan dari THEREDWARRIORS.COM

Pendahulu Kumpulan B milik siapa?

Selepas keputusan Kuala Lumpur berjaya membelasah Pahang 2-0 malam tadi, perlawanan kini tertumpu kepada saingan kedua kumpulan B diantara Selangor menentang Kelantan.

JDT 1 dan T-Team kempunan raih 3 mata

JDT 1 dan T-Team antara dua pasukan pilihan Piala Malaysia terpaksa akur sekadar berkongsi 1 mata dengan lawan mereka meskipun berjaya mendahului 2-0 sehingga hampir tamat perlawanan.

  • Dalam perlawanan malam tadi, JDT 1 yang memperoleh jaringan awal melalui jaringan Safee Sali pada minit ke 48 dan melalui pemain gantian Safee Sali pada separuh masa kedua Juan Martin Lucero  pada minit 57 terpaksa pasrah apabila PKNS bangkit merapatkan kedudukan pada minit 84 melalui jaringan Gabriel Guerra dan jaringan penyamaan melalui sepakan penalti Juan Cobelli pada 90 minit perlawanan. Keputusan muktamad PKNS 2-2 JDT 1.
  • Manakala T-Team yang bermula garang menjaringkan gol seawal minit ke 5 melalui jaringan Dilshod Sharofetdinov dan memperolehi gol kedua melalui jaringan Nor Hakim Hassan pada minit ke 16 juga terpaksa akur kepada jaringan pada minit-minit akhir perlawanan JDT II iaitu melalui jaringan Zaquan Adha pada minit 46 dan Paulo Rangel pada minit ke 50 perlawanan, keputusan muktamad T-Team 2-2 JDT II

 

Selangor dan Kelantan mula langkah kanan kumpulan B

Saingan kumpulan B TM Piala Malaysia 2016 menyaksikan Kelantan dan Selangor masing-masing menang tipis ke atas Pahang dan Kuala Lumpur di gelanggang sendiri. Keputusan ini membolehkan Kelantan dan Selangor berkongsi 3 mata di kumpulan B.

Jika sebelum ini, kebanyakan pasukan terutama daripada kelas divisyen 2 hanya akan beraksi sekitar ¾ daripada semusim Liga Malaysia berlangsung dek kerana kegagalan layak ke saingan TM Piala Malaysia, perubahan format bermula 2016 mungkin akan menjadi penyelesaian terbaik buat permasalahan yang sudah wujud sejak sekian lama itu.

Hajat Hijau Kuning Termakbul

Tuan rumah, Kedah menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri yang diisi dengan 30 000 penyokong setianya apabila menang 2-1 keatas Felda United sekaligus mara ke final dengan agregrat 4-3. Namun begitu Felda terlebih dahulu mendiamkan puluhan ribu penyokong Kedah apabila membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya sebelum Chidi Edeh kembali menenangkan situasi dengan menyumbat gol penyamaan beberapa minit kemudian. Pakar sepakan percuma, Sandro Mendonca akhirnya menjadi wira apabila menewaskan Farizal Harun menerusi satu sepakan percuma cantik di awal separuh masa kedua. Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dan Kedah ke final selepas kali terakhir melakukannya pada 2008.

Shah Alam jadi gelanggang penentuan ke final

Pemain Selangor Mohd Raimi berusaha menghalang percubaan pemain Pahang Matthew Davies ke arah pintu gol Selangor.

Semasa : Pahang 0 - 0 Selangor

Foto : Reyme Mrh / www.gawang.my

Felda United kempunan, Kedah selesa

Kedah dan Felda United mempamerkan aksi yang menarik sepanjang perlawanan di mana Kedah berjaya mengikat Felda United dengan jaringan 2-2 sekaligus memberi kelebihan jaringan gol di tempat lawan untuk perlawan timbal balik yang akan berlangsung pada 6 Disember di Stadium Darul Aman.

Foto : Khairi Hafizi / www.gawang.my

Kedah Buru Tiket Final

Tersekat di peringkat separuh akhir Oppo Piala Malaysia 2014 ditangan Pahang dikala secara kasarnya memiliki kelebihan daripada aksi pertama, sudah tentu kemaraan pasukan Kedah yang berjaya sekali lagi ke medan separuh akhir TM Piala Malaysia 2015 diharapkan mampu membawa skuad hijau kuning ke pentas perlawanan akhir pertama sejak zaman gemilang 'Double Treble' pada tahun 2007 dan 2008.

Namun, cabaran selepas menyingkirkan PKNS di suku akhir tempoh hari pasti bukan mudah memandangkan lawan mereka, Felda United membuktikan mereka juga mahu mencari slot yang sama menuju ke Stadium Shah Alam pada 12 Disember nanti. Menumbangkan lawan yang cukup sukar dikalahkan dihalaman lawan itu sendiri iaitu JDT, satu signal yang sangat jelas, tiada jalan yang mudah buat skuad hijau kuning kelak.

Untuk rekod Felda juga mara ke separuh akhir musim lalu tetapi mereka tumpas kepada JDT. Pasti saingan menarik bakal disajikan kedua-dua pasukan memandangkan masing-masing punya impian dan angan-angan yang sama untuk ke pentas perlawanan akhir. Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan juara bertahan, Pahang yang akan menghadapi Selangor yang dalam momentum terbaik merealisasikan 'Misi 33'.

Tamat pusingan suku akhir dengan 4pasukan yang mara iaitu Juara Bertahan Pahang, Selangor serta Kedah. Manakala Juara Piala AFC JDT dikejutkan di gelanggang sendiri oleh Felda United yang meneruskan momentum layak ke separuh akhir.

Page 2 of 3
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree