Bengkel Asas Fotografi Sukan |12 Sept 2015

01 September 2015
K2_ITEM_AUTHOR 

Siapa SHAZLI SHAMSUDDIN?
Seorang jurufoto sukan yang sudah berkecimpung dalam dunia fotografi dan sukan sejak 10 tahun lalu. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang fotografi sukan golf, permotoran, bola sepak, ragbi dan lain-lain.  Selain pernah terlibat dengan syarikat media percetakan dan online seperti Dunia Sukan, Goal.com, Gawangdotmy dan Theredwarriors.com, beliau juga melalui syarikatnya sendiri Red Warriors Creative pernah menerbitkan majalah versi cetakan dan digital Dunia Warriors.

klik disini untuk DAFTAR SEKARANG

Siapa yang boleh menyertai kursus ini?
Terbuka kepada semua individu yang berminat untuk mempelajari fotografi, sama ada sebagai hobi atau ingin memulakan langkah menjadi jurufoto sambilan/sepenuh masa.

Apakah yang akan saya pelajari dalam kursus ini nanti?
Anda akan mempelajari 2 subjek major yang sangat penting sebagai asas pengetahuan seorang jurufoto, iaitu :
1. Teknikal kamera – kawalan exposure (pendedahan cahaya). Iaitu memahami fungsi ISO, Aperture, Shutter, White balance, metering dan lain2.
2. Teknik komposisi gambar – apakah elemen-elemen yang harus ada untuk mendapatkan foto yang berkesan

Kursus dijalankan secara santai dan pratikal.

Adakah saya perlu mempunyai dan membawa DSLR untuk menyertai kursus ini?
Ya, adalah digalakkan mempunyai DSLR (sebarang model) kerana kandungan kursus akan banyak menyentuh tentang penggunaan kamera tersebut.

Berapakah yuran untuk kursus ini?
Yuran sebanyak RM55/seorang. Yuran ini termasuk sijil dan makan tengahari.

Apakah perkara lain yang perlu dibawa?
Selain kamera masing-masing, sila bawa lens, laptop, alat tulis sendiri, buku nota (jika perlu).

Di mana lokasi tempat kursus ini?
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Secara ringkasnya, terletak berhampiran PKNS Bangi dan Perpustakaan Bangi.

klik disini untuk DAFTAR SEKARANG

untuk pembayaran:

CIMB BANK : GAWANG DOT MY MEDIA (8600703947)

Pastikan anda menyimpan dan menghantar kepada kami bukti bayaran melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp kepada no 012-6868835. Hanya bukti pembayaran yang sah dengan bukti kemasukan ke akaun kami sahaja diterima. Jika anda pengguna akaun bank lain anda boleh memilih menghantar menggunakan transaksi OTHER BANK yang dikenakan caj mengikut terma Bank Negara.

whatsapps/sms/call 012-6868835

2013 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree