Jacob Njoku bantu jentera serangan Kelantan United

Jacob Njoku bantu jentera serangan Kelantan United

SELAMAT DATANG JACOB NJOKU

Kelab Bola Sepak Kelantan United (Kelantan United FC) dengan ini mengumumkan ketibaan Jacob Njoku selaku pemain import baharu kelab, hari ini.

Jacob Njoku kini berada di Kota Bharu bagi menyertai pasukan selepas menamatkan proses kuarantin di ibu negara, baru-baru ini.

Pemain berusia 24 tahun ini bakal membarisi jentera serangan skuad The Green Deer bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.Pemain kelahiran Nigeria ini mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa kelab di luar negaranya, sejak 2016.Sementara kelab terakhir disertai pemain yang berketinggian 1.77 sentimeter adalah Al Shabab FC yang beraksi dalam Liga Bahrain musim 2021.

Buat Jacob Njoku, selamat berjuang bersama Kelantan United FC. Kita Sahut, Kita Lawan !!!

——————————-

WELCOME JACOB NJOKUKelantan United Football Club (Kelantan United FC) hereby announces the arrival of Jacob Njoku as the club’s new import player, today.Jacob Njoku is currently in Kota Bharu to join the team after completing the quarantine process in the capital, recently.

The 24 -year -old will line up the attacking of The Green Deer squad to face the Malaysia League 2022 competition.The Nigerian -born player has experience playing with several clubs, since 2016.While the last club to be joined by a player who is 1.77 centimeters tall is Al Shabab FC which is playing in the Bahrain League for the 2021 season.

For Jacob Njoku, Good Luck with Kelantan United FC !!!#KitaSahutKitaLawan#kelantanunitedfc2022#LigaPremierMalaysia2022

Sumber : Kelantan United Football Club 

Gadmin

P