2022 yang Brillante untuk Harimau Selatan.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan kejuaraan LIGA SUPER 2022 edisi ke-19 pada 1 OKTOBER 2022 semasa perlawanan yang ke-18 apabila pasukan JDT menentang pasukan NEGERI SEMBILAN FC (NSFC). Dengan kemenangan bergaya 5 – 0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Kemenangan yang ke sembilan berturut-turut telah tercipta. Piala LIGA SUPER 2022 masih kekal di BUMI JOHOR.
Kejuaraan ‘Triple Hattrick’ yang dilakukan dalam sejarah bola sepak Malaysia telah menjadi satu tanda aras untuk pasukan lain supaya bergerak dan memacu pasukan untuk lebih komprehensif dan berdaya saing. Tidak keterlaluan jika dikatakan agak sukar mana-mana pasukan lain untuk memecahkan rekod ini,tetapi tidak mustahil sekiranya ada sifat dan usaha untuk memperbaiki serta menambah baik infrastruktur serta organisasi.
Kesudahan perlawanan terakhir diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) melawan Sabah FC telah menambahkan lagi atmosfera Sang Juara apabila memberikan aksi terbaik pada perlawanan terakhir.
Dengan 3 gol terhasil pada perlawanan kali ini, memberi kemenangan yang sempurna bagi pasukan Harimau Selatan dan menjadi pasukan “unbeaten Malaysia Super League” 2022.
Sekalung tahniah juga untuk pasukan Terengganu FC ( TFC ) kerana berjaya mendapat slot ke Asian Football Club ( AFC ) untuk musim hadapan setelah menamatkan perlawanan di tangga ke dua selepas mengalahkan Kedah Darul Aman FC ( KDAFC ) 1 berbalas 3.
Tidak lupa juga pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu Sabah mendapat slot ke Asian Football Club ( AFC ) kerana pasukan Selangor gagal menjadi juara TM Piala Malaysia apabila kalah dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dari pasukan “senior” hingga ke “junior”, masing-masing telah memenangi piala dalam setiap edisi. Sangat “epic” dan “dominant”.
Johor Darul Ta’zim (JDTII)
Begitu “relevan” dan cemerlang apabila sesebuah pasukan yang diuruskan dengan “facility” yang sempurna dan berjaya menghasilkan imbuhan yang cemerlang dan membanggakan untuk pasukannya.
Untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDTII) pula,sejak mulanya era moden Liga Premier Malaysia pada tahun 2004,ini adalah kemenangan pertama pasukan itu dan lebih menarik dan dramatik,itu adalah piala yang pertama dan terakhir untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDTII) apabila pihak Malaysian Football League (MFL) telah menghentikan saingan LIGA PREMIER pada musim hadapan. Ini bermakna, piala LIGA PREMIER akan kekal juga di BUMI JOHOR.
Akademi JDT,Johor Darul Ta’zim (JDTIII)
Tidak ketinggalan juga untuk pasukan cilik ini, dibawah kendalian jurulatih Javier Jorda Ribera berjaya membawa pulang Piala Presiden ke bumi Johor.
KECEMERLANGAN Johor Darul Ta’zim (JDT) 2022
/ Piala Sumbangsih buat kali ketujuh.
/ 16 Pasukan terbaik peringkat kumpulan (ACL) .
/ Piala FA
/ Piala Liga Super kali ke Sembilan berturut-turut.
/ Piala Liga Premier.
/ Piala Presiden.
/ TM Piala Malaysia buat kali ke tiga.