KDDI MALAYSIA SDN BHD JALIN KERJASAMA PINTAR BERSAMA KELAB BOLA SEPAK KELANTAN UNITED

KDDI MALAYSIA SDN BHD JALIN KERJASAMA PINTAR BERSAMA KELAB BOLA SEPAK KELANTAN UNITED

KDDI Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpengkalan di Jepun mencatakan sejarah hari ini apabila menandatangani perjanjian penajaan bersama bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United bertempat di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan. Syarikat yang telah bertapak selama 21 tahun itu berminat untuk menaja pasukan Kelantan United selepas melihat kerjasama yang telah dilakukan oleh syarikat probiotik terkemukan Jepun, Yakult Malaysia membuahkan hasil yang baik kepada kedua-dua pihak sebelum ini.

Perjanjian kerjasama strategik ini menyaksikan nilai tajaan pasukan sebanyak Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia (RM 150,000.00) selain perancangan program-program pembangunan bola sepak bersama Kelantan United FC. Persetujuan ini di capai hasil perbincangan awal kedua-dua pihak sebelum ini yang di wakili oleh Pengarah Urusan KDDI Malaysia Sdn Bhd, Masaki Matsuura serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Yang Berhormat Wan Roslan Wan Hamat.

Pemilihan Kelantan United sebagai rakan tajaan bola sepak ini terhasil cetusan idea daripada Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang memperkenalkan Kelantan United kepada syarikat KDDI Malaysia Sdn Bhd. Selain itu juga, sebagai sebuah syarikat yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun pemilihan pemain lagenda Jepun, Masashi Motoyama dalam pasukan Kelantan United untuk musim ini juga merupakan antara faktor yang menarik syarikat KDDI untuk menaja pasukan ini. Melalui kerjasama pintar ini, pihak KDDI Malaysia dan Kelantan United FC juga bersetuju untuk melaksanakan program bola sepak bersama sebagaimana yang dilakukan oleh Yakult Malaysia sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan KDDI Malaysia, Masaki Matsuura menyifatkan penajaan dari KDDI Malaysia Sdn Bhd ini sebagai satu kerjasama pintar yang akan memberikan mafaat kepada pasukan Kelantan United FC serta pembangunan bola sepak akar umbi di negeri Kelantan. Beliau juga berharap melalui penajaan ini, syarikat KDDI Malaysia akan lebih dikenali di pantai timur negara ini.

Sumber: MD Zuki / Yakult / Kelantan United FC

Gadmin

P