Bergson Da Silva “hatrick”

5 gol terhasil pada perlawana kali ni. 3 di hasilkan oleh pemain import JDT iaitu Bergson Da Silva, 1 dari Ramdhan dan “Own Gol” dari penjaga gawang itu sendiri. Hasil permainan yang cemerlang anak buah Benjamin Mora, tiga gol terhasil membuatkan pasukan JDT berada dalam keadaan selesa pada separuh masa perlawanan pertama. Guangzhou FC semakin tertekan pada babak separuh masa pertama kerana JDT tidak berputus asa untuk menambah lagi jaringan. Babak kedua bermula dengan permainan yang lebih rancak seakan pasukan JDT begitu kelaparan dengan mencari gol lagi. Bergson Da Silva melakukan tandukan ketiga hasil hantatan lintang dari Corbin Ong. Perlawanan semakin rancak apabila Ramadhan Saifullah berjaya menjaringkan gol ke lima hasil hantaran dari Nazmi Faiz. Dengan tenang Ramdhan menyempurnakan sepakan ke arah pintu gawang Guangzhou. Pasukan JDT berada di tangga pertama dalam kumpulan I. Perlawanan selepas ini,kita akan bertemu dengan kelab gergasi dari Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai.
Keputusan penuh. JDT [5-0] GUANGZHOU FC (Bergson da Silva 10′, 28′, 52′ / He Lipan 13′ (OG) / Ramadhan Saifullah 81′)
Oleh : Firin Firdaus
Foto : Musa