Dua gol untuk perlawanan kedua

Pasukan Johor Darul Ta’zim sekali lagi melakarkan kemenangan yang kedua dalam kumpulan I apabila berjaya mengalahkan pasukan gergasi dari Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai.
JDT, tidak melepaskan peluang untuk mencari gol pertama pada minit ke 3 apabila pemain yang memaikai nombor 45 Fernando Forestieri meledakan gol pertama.
Permainan semakin rancak apabila Ulsan Hyundai memperkasakan serangan dan berjaya membuat dua cubaan tepat ke pintu gawang JDT.
Babak kedua,permainan dan corak dari Ulsan Hyundai semakin kemas dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 53 akibat kelalaian dari pertahana JDT. Gol pemyamaan itu di jaringkan oleh Um Won-Sang.
10 minit terakhir perlawanan,Pemain import JDT, Bergson menjaringkan gol kedua hasil hantaran dari Safawi Rashid dan Bergson menyudahkan dengan sepakan kaki kiri di penjuru gawang Ulsan Hyundai pada mini ke 80′.
ULSAN HYUNDAI FC [1-2] JDT
(Um Won-Sang 53′)
(Fernando Forestieri 3′ / Bergson da Silva 80′)