Jom kenali Jurulatih Kecergasan Melaka United FC, Dževad Šarić.

Jom kenali Jurulatih Kecergasan Melaka United FC, Dževad Šarić.

Beliau dikenali sebagai Jurulatih Kecergasan Bolasepak / Jurulatih Bolasepak Pro UEFA yang berpengalaman membangunkan aspek kecergasan dan keupayaan pemain ketika bersama beberapa kelab berprestasi tinggi di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Eropah sejak lebih 10 tahuh lalu.

Antara kelab-kelab yang pernah mendapatkan khidmat beliau termasuk FK Olimpik (Bosnia & Herzegovina), UMF Víkingur Ólafsvík (Iceland), Shan United FC (Myanmar), Al Nasr (Oman), 1 De Agosto (Angola), Hakka FC (China), FK Sarajevo (Bosnia & Herzegovina), Ismaily SC (Mesir) dan Borneo FC (Indonesia).

Terkenal sebagai Professor of Sport, Šaric berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ‘Sport & Physical Education’ dari University of Sarajevo serta memiliki kelayakan UEFA Pro License (2016), UEFA A License (2008) dan UEFA B License (2006).

Beliau menggabungkan pengalaman bolasepak praktikal dan akademik dalam menyampaikan ilmu kejurulatihan bolasepak yang inovatif dan membolehkan pemain meningkatkan ciri kecergasan bolasepak dan kebolehan mereka dalam bidang ini.

Seorang yang proaktif dan komited dalam membantu rakan jurulatih serta pemain dalam mewujudkan persekitaran bolasepak profesional yang dinamik bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi. Semoga dengan kepakaran dan pengalaman luas yang dimiliki Dzevad Saric bakal membantu Melaka United menyediakan barisan pemain terbaik musim ini.Sve najbolje uz Melaka Junajted Dževad.

#DzevadSaric#FitnessCoach#MelakaUnitedFC2022

Sumber: Melaka United Football Club 

Gadmin

P