Kawasaki Buas
lima gol terhasil pada perlawanan kedua bertemu dengan kelab gergasi dari Matahari Terbit dalam peringkat kumpulan I.
Kawasaki Frontale “come back” dengan permainan dan tektikal yang lagi kemas dan padu pada perlawanan kali ini.
Dengan gol pembukaan minit ke 14 dihasilkan oleh Yasuto Wakizaka dengan sepakan percuma telah memberi atmosfera yang luar biasa kepada pasukan JDT.
Perubahan pemain yang di turunkan oleh Benjamin Mora nampak sedikit longgar dari bahagian pertahanan.
Kawasaki terus menambah lagi dua gol sebelum wisel penamat ditiupkan pada separuh masa pertama.
Jaringan di hasilkan oleh Yu Kobayashi pada minit 31′ dan 43′ .
Perlawanan diteruskan pada separuh masa babak kedua bermula,pasukan JDT cuba menacari gol dengan melakukan beberapa percubaan,namun gagal untuk disempurnakan. Ternyata,pertahanan Kawasaki Frontale begitu “solid” kali ini dan memaksa pasukan JDT untuk “buildup” semula serangan. Sebelum wisel ditiupkan, pemain Kawasaki Marcinho dan Chanathip Songkrasin menjaringkan lagi gol untuk menyempurnakan perlawanan kali ini.
Keputusan penuh
JDT [0-5] KAWASAKI FRONTALE
(Yasuto Wakizaka 14′ / Yu Kobayashi 31′, 43′ / Marcinho 81′ / Chanathip Songkrasin 88′)
Foto : Musa