KEDAH KEKAL MOMENTUM

Bermain di tempat sendiri memberi kelebihan buat pasukan Kedah Darul Aman FC menewaskan pasukan pelawat Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 3-2 sebentar tadi.
Tiga gol Kedah Darul Aman FC datang daripada Syafiq Ahmad 32′, Fayadh Zulkifli 68′, dan Dennis Buschening 70′, manakala gol Kuala Lumpur City FC disumbang oleh Zhafri Yahya 28′, dan Kevin Koubemba 87′.
Kedah Darul Aman FC mengekalkan kemenangan mereka manakala Kuala Lumpur City FC masih lagi mencari rentak selepas hanya seri menentang Selangor FC pada aksi sulung Liga Super 2022.
gawang@MhazemiSaid