Kekal Di Bumi Johor

Piala Sumbangsih 2023.
Piala Sumbangsih atau juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai untuk perlawanan dalam musim Liga Malaysia.
Pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu FC pada edisi kali ini.
Gol pembukaan pada minit ke 5 dari tandukan pemain import Juan Muniz memecahkan atmosfera di Stadium Sultan Ibrahim. Terengganu FC, terus merapikan dan memperkasakan serangan ke kubu tuan rumah, nantu benteng pertahanan JDT menunjukkan disiplin yang tinggi gagal untuk dimusnahakn.
Separuh babak kedua bermula, pasukan JDT sekali lagi menghukum benteng dan penjaga gawamg TFC Mohd Suhaimi apabila Bergson menyudahkan gol ke dua hasil hantaran lintang dari Arif Aiman.
Tamat perlawanan,pasukan JDT memungut 3 mata penuh pada perlawanan pembukaan bagi edisi 2023.
Ini merupakan kejayaan “DOUBLE HATRICK” JDT untuk mendakap trofi itu, sekali gus menyaksikan mereka kini merekodkan lapan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas memenanginya pada edisi 2015, 2016, 2018,2019,2020 dan 2021,2022 dan 2023.