Kelantan FC terima RM 1.8 juta daripada 24 rakan strategik

Kelantan FC terima RM 1.8 juta daripada 24 rakan strategik

Team Red Warriors Sdn. Bhd menerima tajaan kira-kira RM 1.8 juta daripada 24 rakan strategik yang bersama TRW Kelantan FC musim 2022.

Antara rakan strategik ialah Zamburger, Hotel Zamburger, Dinsatayjaybee, Jus Bromelain Gold, Unclezam Pineapple, Unclezam Rica, Radio Zamburger, Odeen Cekyana, Keha Gold, Skin Dessert, Konsortium E-Mutiara, ZamMediLab, Hitfat Functional Gym, Doc Nick Sports Medicine Embassy, WMC Berkat Enterprise, Fresh life Water Resources, D’Healthy Physio Speech & Occupational Therapy, Klinik Primer Wakaf Che Yeh, LK Properties, Nasi Lemak Kopi O, Erfan Gym, Kopi Mesin KB, Yuhisham PC Ice Cube, EZN Catering, EXA Supply (Summerfield) dan D&M.

Encik Norizam Tukiman berkata beliau berbesar hati menerima tajaan itu dan mengalu-alukan sekiranya ada syarikat swasta lain yang ingin menjadi sebahagian dari keluarga The Red Warriors.

Kehadiran rakan strategik ini merupakan antara bukti sokongan yang diberikan dalam usaha memajukan perkembangan bola sepak di negeri ini.

Kehadiran rakan strategik dapat menyuntik semangat serta mengharapkan barisan pemain dapat mempamerkan prestasi lebih baik pada musim ini dan pada masa yang sama juga dapat meningkatkan imej syarikat tersebut di negeri Kelantan.

Gadmin

P