Konsortium E-Mutiara taja bas Selangor FC

Hari ini Selangor FC berbesar hati menerima tajaan berupa sebuah bas dua tingkat daripada syarikat Konsortium E-Mutiara Berhad .
Konsortium E-Mutiara telah menaja Selangor FC bermula tahun 2019 sehingga sekarang. Tajaan ini juga merupakan komitmen Konsortium E-Mutiara dalam membantu menaikkan nama Selangor FC kembali di persada bola sepak negara.
Terima kasih dan semoga kerjasama ini akan terus berkekalan untuk tahun akan datang.
Sumber: Selangor FC