Logo baru pertandingan MFL

Malaysian Football League (MFL) hari ini melancarkan logo baharu pertandingan-pertandingan dalam Liga Malaysia yang akan mula digunakan bagi musim 2023.
Perubahan pada logo Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL cukup signifikan selari dengan penstrukturan Liga Malaysia musim ini.
Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.



