Malang Sang Kenari

Malang Sang Kenari

Malang terus menimpa Sang Kenari pada bulan Ramadan tahun 2022 ini apabila berkunjung ke gelanggang lawan. 2 daripada 3 aksi ditempat lawan pada bulan ini menyaksikan 2 kekalahan yang dihadapi mereka apabila kedua-duanya tewas besar dengan angka 4.

Jika sebelum ini mereka tumpas ditangan Selangor di Petaling Jaya dengan keputusan 1-4, skrip yang hampir sama dirasai lagi anak-anak buah Aidil Sharin Sahak ketika diamuk Sang Badak di Likas.

Permainan lebih didominasi tuan rumah dengan 2 percubaan wajib gol daripada Sadil Ramdani dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar diseparuh masa pertama namun kemas dinafikan Ifwat Akmal. Malangnya Ifwat terpaksa menamatkan saingan lebih awal akibat kecederaan hamstring.

Mungkin malam yang mahu dilupakan secepat mungkin penjaga gol gantian, Ilham Amirullah kerana dia yang masuk diseparuh masa kedua walaupun cemerlang menafikan penalti daripada Baddrol diawal permainan namun selepas itu telah melepaskan 4 gol dengan hatrik dicipta penyerang veteran, Amri Yahyah.

1 gol lagi Sabah FC dijaringkan pemain import daripada Korea, Tae-su Park menerusi sepakan percuma menarik diminit ke 56.

Kredit Foto: Hafizie Noraziz / Arena Hijau Kuning

Asyraaf

P