Manuel Hidalgo kembali ke Sri Pahang FC

Lihat siapa yang kembali! Kami berbesar hati mengumumkan Manuel Hidalgo telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Sri Pahang FC!
Bintang dari Argentina ini dibawa masuk pada pertengahan musim lalu dan telah berjaya menambat hati penyokong dengan kelincahan dan aksi memukau di posisi sayap.
Walaupun memilih untuk beralih angin selepas kontraknya tamat pada November lalu, Hidalgo berubah fikiran dan kembali dengan misi mengecap sesuatu yang lebih besar bersama Sri Pahang musim ini.
#sripahang#newmembers
sumber: Sri Pahang FC