Marc Vales pemain import baru KDAFC

MARC VALES GONZALEZ, OUR NEW BLOOD! KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Marc Vales Gonzalez! Dengan pengumuman ini, pasukan KDA FC melengkapkan senarai 30 pemain musim 2022 dan Marc Vales mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ke-3 KDA FC.
Sebelum ini KDA FC telah mengesahkan Dechi Marcel N’guessan, Ronald Ngah Wanja (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) sebagai 4 pemain import skuad hijaukuning.Marc Vales yang berumur 31 tahun dan berasal dari Les Escaldes, Andorra merupakan pemain pertahanan yang pernah beraksi di Spain, Finland, Norway dan Andorra.
Kehadiran beliau memberi keterujaan buat peminat dengan reputasinya yang pernah beraksi di peringkat Eropah mewakili Andorra.Kelab diwakilinya sebelum ini adalah Sandefjord Fotball (Norway) sejak 2018 dan menjaringkan 4 gol buat kelab tersebut.Marc Vales Gonzalez, berjuanglah sejiwa murni, tekun berani sesungguh hati!
Biodata Pemain
Nama penuh: Marc Vales González
Umur: 31 tahun
Asal: Les Escaldes, Andorra
Ketinggian: 184cm
Posisi: Pertahanan
#kdafc #newblood #2022season #MV5
sumber: KDAFC