Mat Yo milik MUFC

Mat Yo milik MUFC

Melaka United FC dengan ingin mengumumkan pemain berpengalaman, Nurshahrul Idlan Talaha sebagai pemain terbaharu yang sah menyertai Skuad Hang Tuah, musim ini.

Nurshahrul, 35 tahun yang juga Penyerang Skuad Kebangsaan menyertai Melaka United selepas semusim bersama Sarawak United FC musim lalu.

Beliau adalah antara pemain senior tempatan yang masih beraksi serta pernah beraksi dengan beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya bersama Kelantan, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan, ATM, Terengganu, Felda United FC dan Pahang selain pernah beraksi bersama kelab Thai League 1, BG Pathum United FC pada 2020.

Beliau juga telah membuat lebih 80 penampilan bersama Skuad Kebangsaan dengan 14 gol di peringkat antarabangsa.

Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Nurshahrul bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam memberikan cabaran dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini.

Selamat menyertai kami di Melaka United Mat Yo.

Welcome Mat Yo

NewSigning

MelakaUnitedFC2022

AllUniteforMelaka

Sumber: MUFC

Gadmin

P