MFL Pilih bola keluaran PUMA

Selama lebih kurang 15 tahun Liga Malaysia (Liga M) diserikan dengan penggunaan bola keluaran jenama Nike sebagai bola rasmi liga domestik tempatan sejak musim 2006/2007.
Kini ianya tinggal kenangan apabila pihak penganjur, Malaysia Football League (MFL) mengumumkan bermula saingan Piala Malaysia 2021, bola keluaran Puma akan digunapakai sehingga tahun 2024.
Penggunaan bola keluaran jenama Puma nanti akan menjadikan Liga M muncul sebagai liga bola sepak pertama di Asia bersama dengan jenama yang berasal daripada Jerman itu.