MFL SIAR 90 AKSI LIGA PREMIER DI YOUTUBE MFL

Pada musim ini, penyokong-penyokong turut akan disajikan siaran langsung semua perlawanan Liga Premier menerusi platform media sosial Youtube MFL.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, tayangan siaran langsung perlawanan Liga Premier musim ini pastinya satu perkhabaran gembira buat penyokong bola sepak tempatan yang amat dahagakan aksi saingan itu.
“Umum mengetahui siaran langsung buat Liga Premier sejak dua tahun kebelakangan ini sedikit terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia pada Mac 2020 dan Liga Premier tidak terkecuali menerima tamparan ini.
“Demi kepuasan penyokong-penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung kesemua 90 perlawanan Liga Premier musim . Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan Liga Premier 2022 bagi memastikan kemeriahan Liga Malaysia dapat dinikmati semua penyokong,” katanya.
Saingan Liga Premier 2022 akan melibatkan 10 pasukan, iaitu Johor Darul Ta’zim II, Kelantan FC, Kelantan United FC, Kuching City FC, PDRM FC, Perak FC, Selangor FC 2, Skuad Projek FAM-MSN, Terengganu FC II dan UiTM FC.
Pusingan pertama (LP1) akan berlangsung bermula Sabtu, 5 Mac 2022 ini.
Untuk jadual penuh Liga Premier 2022, klik.
Sumber: https://www.malaysianfootballleague.com/articles/mfl-siar-90-aksi-liga-premier-di-youtube-mfl/