Negeri Sembilan FC gagal sekat JDT di SSI

Negeri Sembilan FC gagal sekat JDT di SSI

Lebih 19,988 penonton telah disajikan dengan 3 gol berbalas 1 di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan kali ini.

Pasukan tuan rumah Johor Darul Ta’zim memungut 3 mata penuh apabila berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan 3 gol.

10 minit pertama perlawanan,pasukan Johor Darul Ta’zim gagal untuk memecahkan benteng dan gawang Negeri Sembilan Fc.
Dengan disiplin yang tinggi dipamerkan oleh benteng pertahanan Negeri Sembilan FC,telah berjaya mematahkan setiap serangan yang dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim.

Pada minit ke 12,pemain import Johor Darul Ta’zim
Bergson telah meledak gol pertama hasil sepakan dari luar kotak penalti.Walaupun penjaga gawang pihak lawan mampu menepis bola tersebut,namun gagal untuk diselamatkan.
Tidak lama kemudian,sekali lagi Bergson menjaringkan gol 2 untuk pasukannya hasil hantaran yang kemas oleh Juan Munez.

Pasukan Negeri Sembilan FC juga tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol tunggal hasil kesilapan pemain pertahanan muda iaitu Feroz apabila “clearance” yang dilakukan itu dengan mudah di rembat oleh HEIN HTET pada minit ke 27.

Babak separuh kedua bermula dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menarik.Walaupun pasukan pihak lawan telah ketinggalan dengan 2 gol,namum bermain secara terbuka dan terus mengasak ke pintu gawang Johor Darul Ta’zim juga dilakukan oleh Negeri Sembilan FC.

Minit ke 71,sekali lagi Johor Darul Ta’zim menghukum penjaga gawang Negeri Sembilan Muhamad Aqil apabila tandukan yang dilakukan oleh Jordi Amat untuk gol yang ke 3.

Tamat perlawanan

Johor Darul Ta’zim ( 3 ) – ( 0 ) Negeri Sembilan Fc

( Bergson 12′, 17′ / Jordi Amat 71′)
(Hein Htet Aung 27′)

Gadmin

P