Penang Dan Melaka United Cari Kemenangan Pertama

Liga Super 2022 masuk ke minggu kedua dengan perlawanan pertama bakal menyaksikan pasukan Penang FC bertemu Melaka United FC di Stadium Bandaraya, 8 Mac. Tiada mata buat kedua-dua pasukan setakat ini selepas masing-masing tewas aksi pertama Liga Super 2022.

Empat lagi perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu 9 Mac. Pendatang baru Liga Super 2022, Sarawak United FC akan bertandang ke Stadium Larkin menentang Juara Liga super musim lalu ,Johor Darul Ta’zim manakala satu lagi pasukan baru dalam Liga Super, Negeri Sembilan FC akan bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Di stadium Darul Aman nampak menarik dengan Kedah Darul Aman FC akan bertemu pasukan Kuala Lumpur City FC manakala Sabah FC akan menanti kunjungan PJ City FC di Stadium Likas.
Perlawanan antara Selangor FC bertemu Sri Pahang akan ditangguhkan selepas kem Sri Pahang masih menjalani kuarantin akibat penularan jangkitan Covid 19 antara pemain dan pegawai.