PitchIN penaja rasmi Kelantan FC 2023

PitchIN penaja rasmi Kelantan FC 2023

Zamsaham melalui laman media sosial rasminya telah mengumumkan PitchIN sebuah syarikat Pendanaan Awam (Crowdfunding) tempatan sebagai penaja rasmi Kelantan FC 2023.

Hubungan antara Zamsaham Dan Sam Shafei (CEO & Co Founder) selaku pelopor pelaburan ekuiti tempatan dilihat bakal memeriahkan bolasepak Kelantan dalam saingan Liga Super 2023.

Zamsaham masih lagi merahsiakan kehadiran pemain bintang ke pasukan ini meskipun penyokong Kelantan Mula resah dengan persiapan Kelantan 2023.

Namun pemerhati bolasepak Kelantan yakin dengan kemampuan Zamsaham dalam membina sebuah pasukan mantap Dan mampu bersaing dalam Liga Super Malaysia.

Bulan januari 2023 amat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak Kelantan kerana lebih ramai pemain tempatan, pemain import Dan ketua jurulatih akan diperkenalkan.

Pihak Gawangdotmy mengucapkan Selamat maju Jaya kepada pasukan Kelantan FC 2023. GOMO KELATE GOMO.

Ceo: Jersi Croatia ada persamaan dengan jersi Kelantan pada rekaan kotak-kotak (checker)

Gadmin

P