Premier League Kembali ke sooka, Kini Tersedia untuk Siaran Secara Langsung Melalui Peranti Mudah Alih dan TV Pintar

Premier League Kembali ke sooka, Kini Tersedia untuk Siaran Secara Langsung Melalui Peranti Mudah Alih dan TV Pintar


Pelanggan sooka boleh menonton setiap satu perlawanan dengan harga serendah RM7.90,

dan potongan harga 50% untuk pelan VIP+Sports dan VIP TV

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2022 – Aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal
– sooka, kini kembali dengan kempen untuk pelanggan yang tidak sabar menanti permulaan
musim Premier League 2022/2023. Melalui kempen Bola Ikut sooka, pelanggan berpeluang
untuk mengstrim kesemua 380 perlawanan LANGSUNG musim ini, memberi mereka
kebebasan untuk menonton bola sepak pada peranti pilihan, dan membayar mengikut
kehendak mereka.


Peminat bola sepak yang tidak sabar melihat sama ada Erik ten Hag mampu mengembalikan
Manchester United ke zaman kegemilangan mereka boleh melihat dan menikmati penstriman
perlawanan yang ditunggu-tunggu dengan promosi terbaru sooka – diskaun 50% untuk pelan
sooka VIP+ Sports (kini RM20.95 sebulan) atau sooka VIP TV (kini RM42.50 sebulan) yang
ditawarkan sehingga 31 Ogos 2022. Para peminat yang ingin menstrim perlawanan individu
pasukan kegemaran juga mereka boleh memilih Single Match Pass dengan harga serendah
RM7.90 setiap perlawanan.


Emarina Kamal, Ketua Program sooka berkata: “Kempen Bola Ikut sooka kami
mengetengahkan bufet tawaran sooka pada musim Premier League ini, yang memberikan
peminat bola sepak kebebasan untuk melanggan pelan bulanan ataupun membuat bayaran
mengikut setiap satu perlawanan yang mereka ingin tonton melalui peranti mudah alih atau TV
Pintar.


“Selain bola sepak, pelanggan pelan VIP+Sukan dan VIP TV kami juga akan dapat menstrim
acara sukan hebat lain seperti Formula 1, Jelajah Dunia Badminton BWF, MotoGP, Liga Sepak
Takraw dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk menggalakkan semua
peminat sukan datang ke sooka dan menikmati acara-acara sukan yang mengagumkan.”


Untuk menikmati perkhidmatan sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda secara
langsung serta kandungan hiburan tempatan melalui peranti mudah alih atau TV pintar anda,
muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah
alih) dan kedai aplikasi Samsung, LG, Sharp dan Sony (untuk VIP TV). Kesemua pelan
langganan sooka hadir tanpa kontrak dan bebas komitmen.


Untuk maklumat terkini mengenai sooka, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan
Instagram (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.
-TAMAT-

Tentang sooka
sooka adalah aplikasi penstriman pilihan untuk hiburan Malaysia terbaik, SIARAN LANGSUNG
semua aksi sukan global dan tempatan, dan susunan siri Original tempatan berdasarkan cerita
yang digemari golongan milenial. sooka menawarkan pelan sukan dan hiburan yang ringkas
dan diperibadikan yang boleh diakses secara PERCUMA dan atas permintaan melalui peranti
mudah alih serta TV Pintar untuk ditonton pada bila-bila masa, di mana sahaja termasuklah
dalam suasana selesa di rumah sendiri.


Untuk dihubungi:
sooka

Hilda Shamsul Bahri
Ketua Penjenamaan dan Komunikasi, sooka
Email: hilda_shamsul@astro.com.my


Burson Cohn & Wolfe
Syasmeen Anshary / 012-304 4029
Izzat Khairuddin / 017-681 0419
MYsooka@bcw-global.com

Gadmin

P