Ronald Ngah Wanja Tunjuk Belang

Ronald Ngah Wanja Tunjuk Belang

Walaupun ketinggalan satu gol di separuh masa pertama dikala lebih menguasai permainan dan percubaan, akhirnya pasukan pelawat, KDA FC berjaya membawa pulang 3 mata penuh daripada Stadium Bandaraya dengan keputusan 2-1.

Ketekalan untuk menang itu jelas kelihatan apabila palang gol tuan rumah, PFC yang dikawal Khatul Anuar bergegar tidak sampai seminit perlawanan berlangsung selepas sepakan percuma Syafiq Ahmad hanya sekadar singgah di palang gol.

Dikala KDA rancak menyerang, sesekali Penang membalas serangan dan hasilnya Hilal El-Helwe mudah menolak masuk hantaran lintang daripada Saravanan. Pelawat cuba bangkit namun keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa.

Bersambung babak kedua, dominasi berterusan skuad Kenari dengan percubaan demi percubaan dihasilkan dan jelas ianya milik penyerang import, Ronald Ngah Wanja yang menjaringkan 2 gol sekaligus mengembirakan kira-kira 500 penyokong hijau kuning yang turut sama hadir memberikan sokongan.

Gadmin

P