SAINGAN SENGIT DI PIALA MFL

Undian Piala MFL yang berlangsung pada Selasa memperlihatkan peluang seimbang buat 15 pasukan bagi mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menjuarai pertandingan yang julung kalinya diadakan musim ini.
Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, sebanyak 15 pasukan dari Liga Simpanan bawah 23 tahun bakal bersaing dalam memburu empat kedudukan teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan akhir.
Sebanyak 8 pasukan telah diundi dalam Kumpulan A iaitu membabitkan Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II, Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.
Manakala untuk Kumpulan B, sebanyak 7 pasukan dengan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC.
Baca lanjut https://www.malaysianfootballleague.com/…/saingan…/