Semoga Cepat Sembuh Khatul!

Insiden pertembungan udara antara penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar dan pemain pertahanan Sri Pahang FC, Nick Swirad serta pemain pertahanan Penang FC, Ariff Ar-Rasyid pada pertemuan Unifi Liga Super di Darul Makmur malam tadi serba sedikit mencemaskan para penonton dan pengurusan pasukan masing-masing apabila Khatul didapati tidak memberi sebarang respon sejurus daripada pendaratannya yang kurang kemas.
Situasi yang berlaku pada minit ke-65, juga dalam beberapa detik sebelum gol kedua Sri Pahang FC, hasil jaringan tandukan David Rowley seakan mengejutkan barisan pemain pertahanan Penang FC yang berada dalam kawasan penalti mereka.
Difahamkan doktor pasukan serta barisan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas, Khatul didapati dalam keadaan separa sedar ketika kejadian itu berlaku dan beliau kembali dalam keadaan normal sewaktu berada didalam ambulans.
Wakil Gawang.My sempat menemubual Khatul sendiri untuk bertanyakan keadaan semasanya kini, dan Khatul memberikan respon yang positif.
“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik ketika ini, namun, masih menunggu panggilan untuk menjalani CT Scan bagi memastikan tiada kecederaan parah yang berlaku”, katanya.
Semoga cepat sembuh Khatul Anuar.!!