SIARAN MEDIA: FAM UMUM MALAYSIA AIRLINES SEBAGAI PENAJA UTAMA

SIARAN MEDIA: FAM UMUM MALAYSIA AIRLINES SEBAGAI PENAJA UTAMA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan FAM.

Majlis pengumuman berkenaan telah dilangsungkan di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang, pada Isnin, 27 Mei 2024.

Perjanjian penajaan sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan FAM itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2024 hingga Disember 2026.

Dokumen perjanjian penajaan FAM bersama MAB itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB, Dersenish Aresandiran, disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAB, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Datuk Haji Hamidin menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAB atas sokongan yang telah diberikan sejak 2019.

“Jalinan kerjasama di antara FAM dan MAB bukan sahaja mencerminkan kesetiaan tetapi ia turut menunjukkan dedikasi serta komitmen mereka (MAB) terhadap arena bola sepak negara.

“Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong-penyokong skuad kebangsaan di luar sana bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penaja-penajanya malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

“Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama.  Terima kasih sekali lagi kepada MAB dan semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Sementara itu, Ahmad Luqman menambah: “Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, kami amat berbesar hati dapat meneruskan kesinambungan usaha dan tanggungjawab kami dalam membawa bendera Malaysia ke arena antarabangsa selain menyokong pembangunan sukan dalam negara.

“Kami amat berbangga kerana dapat terus menyalurkan khidmat kami kepada skuad bola speak kebangsaan sekali gus memberi sokongan berterusan kepada pihak FAM melalui kerjasama yang tertera di bawah penajaan yang telah masuk tahun keenam  secara berturut-turut dan berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk tiga tahun lagi sehingga penghujung tahun 2026,” kata Ahmad Luqman.

* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 30 Mei 2024

Wan Fakhrul Wan BakarHead of UnitMedia & Communications

(t) +603 7873 3143 (m) +6016 626 6568 (e) fakhrul@fam.org.myNabiha AyubExecutiveMedia & Communications

(t) +603 7873 3143 (m) +6014 913 2667 (e) rajanabiha.rajaayub@fam.org.mySyafiq Khir AnuarExecutiveMedia & Communications

(t) +603 7873 3143 (m) +6011 1160 4424 (e) syafiq.anuar@fam.org.my

Football Association of Malaysia
Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor DE, Malaysia.

www.fam.org.my (website)

(t) +603 7873 3100

Gadmin

P