Sri Pahang Dirompak 2 Kali

Inilah gambaran yang dapat diterjemahkan oleh pasukan Sri Pahang FC apabila keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang tidak memihak kepada mereka sebanyak dua (2) perlawanan berturut-turut, iaitu pada perlawanan Liga Super LS#3 bertemu Kedah Darul Aman FC di Darul Aman, pada 06 April lalu dan Liga Super LS#4 bertermu PJ City FC di Darul Makmur, kelmarin.
Kekecewan jelas dilihat oleh barisan Pengurusan Pasukan Sri Pahang FC dan juga Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel susulan dengan tindakan barisan Pengadil yang mengendali perlawanan berikut, juga meluahkan kenyataan berkenaan perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC;
“Apa yang boleh saya kata, kita dirompak. Ya dengan jelas sekali. Secara jujur, saya tidak faham kenapa tiada VAR (di Liga Malaysia) sedangkan ia digunakan di mana-mana (liga lain).
“Kita boleh lihat setidak-tidaknya tiga jaringan kita tidak dikira, termasuk pada minit akhir apabila pemain mereka menanduk keluar bola yang sudah melintasi garisan gol sepenuhnya.
“Tetapi saya tahu tiada guna merungut, saya mahu lupakan perlawanan ini dan melihat ke depan kerana ia tetap penting untuk kita menghormati keputusan pengadil dan juga peraturan. Kita fokus perbaiki apa yang lemah, khususnya sentuhan penyudah kerana kita tidak boleh menang jika tidak menjaringkan gol.”
Terkini, bagi perlawanan Sri Pahang FC bertemu PJ City FC, ini pula yang diperkatakan beliau (Christhophe Gamel) mengenai mutu pengadilan perlawanan tersebut;
“Perlawanan yang menarik, kita sepatutnya boleh menjaringkan beberapa lagi gol. Tapi sekali lagi malam ini, apabila pengadil kata offsaid, ianya (adalah) offsaid, saya tidak pernah tengok mana-mana pengadil mengubah keputusan, ia kerana mereka (PJ City FC) memberi tekanan kepada dia.”
“Peraturannya adalah jelas, apabila seseorang pemain (lawan) membuat pergerakan atau mengganggu permainan (pandangan penjaga gol), ianya offsaid.”
“Saya tak mahu bercakap lebih mengenai perkara ini sebab saya penat, ini kali kedua, dan saya pun faham bercakap banyak pun setiap kali situasi tidak menyebelahi kita.”
Sri Pahang FC akan kembali meneruskan kancah Liga Super Malaysia mereka apabila akan menerima kunjungan Melaka United FC untuk perlawanan Liga Super LS#5 di Darul Makmur, Sabtu nanti.
Oleh : Ejad Jer
Foto : Danial Risma