SRI PAHANG FC BERPESTA DI KOTA BHARU

Derbi Pantai Timur di Kota Bharu disajikan dengan kemenangan besar skuad Tok Gajah apabila membelasah The Red Warriors dengan 5gol tanpa balas.
Kelantan FC yang tampil dengan skuad muda dan lokal gagal mengekang jentera serangan Sri Pahang FC apabila dibolosi seawal minit ke-07 melalui jaringan Sergio Aguero.
Babak kedua, Sri Pahang FC tampil berbeza dengan pertukaran percaturan apabila tiga pemain gantian dibawa masuk, seterusnya, Fadhli Saas membuka akaun jaringan peribadinya bersama skuad dan gol kedua pasukan pada minit ke-48.
Skuad kendalian Fandi Ahmad tidak berhenti disitu, sebaliknya menggandakan lagi asakan dan berjaya mendapatkan gol ke3, ke4, dan ke5 hasil jaringan Kpah Sherman minit ke-58 dan 86, serta gol kedua Fadhli Saas pada minit ke-61.
Kemenangan ini secara tidak langsung melonjakkan Sri Pahang FC kembali ke tangga ke3 Liga Super dengan 31mata, sementara Kelantan FC masih terpaksa terus menantikan 3mata kemenangan kedua mereka bagi musim ini.