Syahrul Azwari kembali sarung jersi MUFC

Syahrul Azwari kembali sarung jersi MUFC

Selamat kembali diucapkan buat bekas pemain sayap Melaka United musim 2018, Syahrul Azwari Ibrahim yang kini sah kembali menyertai Skuad Hang Tuah musim ini. Pemain berusia 29 tahun yang sinonim beraksi di sayap kanan ini kembali berhijrah ke Melaka selepas bersama Kelantan United FC musim lalu dan Kedah pada 2019 dan 2020.

Syahrul antara tonggak penting Melaka United pada musim 2018 bersama Ifedayo Olusegun yang turut bakal kembali menyertai Skuad Hang Tuah musim ini. Semoga kehadiran semula Syahrul Azwari ke Melaka United bakal memperkuatkan lagi cabaran pasukan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini.

#WelcomeBack#SyahrulAzwari#Re-Signing#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka

Sumber: MUFC

Gadmin

P