Syazwan Andik dan Fadhli Shas Perkuat Benteng Sri Pahang FC

Syazwan Andik dan Fadhli Shas Perkuat Benteng Sri Pahang FC

Sri Pahang FC memperkuatkan lagi Benteng pertahanan dengan kehadiran dua pemain mantap di posisi ini.


Syazwan Andik tambah bisa di pertahanan kiri!

Mengumumkan, pemain bek sayap, Syazwan Andik Ishak sah menyertai Sri Pahang secara pinjaman dari Johor Darul Takzim bagi musim 2023.

Produk Harimau Muda berusia 26 tahun ini telah bersama JDT II sejak 2019 dan beraksi secara pinjaman bersama Melaka United pada musim 2022.

Syazwan melihat Sri Pahang sebagai destinasi terbaik untuk mengembalikan prestasinya ke tahap terbaik dan kehadirannya diyakini memberi sengat tambahan di posisi pertahanan kiri.

Selamat datang Syazwan Andik ke dalam keluarga besar Sri Pahang FC.


Fadhli Shas Perkuat Benteng Sri Pahang!

Kami berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan, Fadhli Shas sebagai wajah baru Sri Pahang FC bagi musim 2023. Pemain berusia 31 tahun ini menyertai pasukan dengan kontrak selama dua tahun. Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa.Beliau telah bersama JDT selama lapan musim sebelum dipinjamkan ke Melaka United tahun ini. Pengalaman Fadhli pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan. Selamat datang Fadhli ke Darulmakmur!

#WhereLegendsAreBorn

#SriPahangFC #Hakkaclo

Gadmin

P