Tiga Mata Lagi Untuk Negeri Sembilan

Juara Liga Premier musim lalu, Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Juara TM Piala Malaysia 2021, KL City dengan keputusan 2-1 pada aksi yang berlangsung di Paroi.
Kesemua gol terhasil di separuh masa kedua selepas kedua-dua pasukan kebuntuan jaringan pada 45 minit pertama. Pertahanan import, Herold Goulon menjadi hero tuan rumah dengan menjaringkan 2 gol apabila bijak menanduk masuk bola sepakan sudut Zaquan Adha.
Pelawat cuba bangkit dan akhirnya berjaya mendapat gol apabila situasi kelam-kelibut dalam kotak penalti terbias kepada salah seorang pertahanan tuan rumah namun tidak sampai seminit kemudian Goulon bijak menyudahkan bola yang gagal ditumbuk dengan baik oleh Kevin Ray Mendonza.