“Utagha” destinasi Manuel Hidalgo.

Bintang import muda Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo, dilepaskan majikannya setelah berkhidmat selama satu musim setengah meskipun kontrak beliau bersama pasukan Sri Pahang FC sebenarnya masih lagi berbaki satu musim.
Pemain berusia 23 tahun ini boleh dikatakan beraksi dengan baik sepanjang kempen Liga Super 2022 dengan menjaringkan tujuh (7) gol dan sepuluh (10) bantuan gol sepanjang penglibatannya bersama-sama Sri Pahang FC musim lalu.
Bagi mendapatkan pemain kelahiran Argentina tersebut, pengurusan Sang Kenari berjaya menebus kontrak beliau dengan suatu nilai yang cukup besar bagi membawa Manuel Hidalgo berhijrah ke Kedah bagi mengharungi musim 2023 bersama-sama Kedah Darul Aman FC.
Khidmat Manuel Hidalgo dibawah kendalian Nafuzi Zain boleh dikhabarkan seolah menggantikan tempat Faisal Halim yang tidak bersama-sama beliau berhijrah ke Kedah Darul Aman FC, tetapi membuat pilihan untuk ke Selangor FC bagi musim 2023.
Namun, dengan kelincahan dan kebolehan Manuel Hidalgo serta bersama-sama seorang lagi bintang naturalisasi Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck juga ke Kedah Darul Aman FC, barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain dan Kedah Darul Aman FC bakal tampil berbeza daripada musim-musim sebelumnya dan mungkin menjadi salah satu pencabar dalam kancah Liga Super 2023.
Sama-sama kita nantikan. Tahniah Kedah Darul Aman FC, Vamos Manuel Hidalgo.!!