Willian, Hidalgo dan Bojan pemain import baru KDA FC 2023

Tahniah!! pasukan Kedah Darul Aman FC antara pasukan berbelanja besar untuk persiapan pasukan mantap 2023. Diharap dengan kehadiran pemain-pemain import dan ketua jurulatih baru akan menjadikan KDA FC antara pasukan pencabar utama. Selamat Maju Jaya KDA FC.
SELAMAT DATANG WILLIAN LIRA SOUSA

Willian Lira bermain di posisi penyerang akan menyarung jersi pasukan KDA FC musim 2023! Beliau hadir dengan satu matlamat bagi membantu Sang Kenari mara lebih jauh musim ini. Penyerang dari Brazil ini tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong hijau kuning!
Berjuanglah Sejiwa Murni Willian Lira!
SELAMAT DATANG MANUEL HIDALGO

Pemain yang tidak asing dalam saingan Liga Malaysia kini bersama Sang Kenari. Manuel Hidalgo pemain yang mempunyai susuk tubuh kecil tetapi mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan. Beliau akan menggunakan jersi nombor musim ini.
Berjuanglah Sejiwa Murni Manuel Hidalgo!
SELAMAT DATANG BOJAN CIGER

Bojan Ciger akan mengisi posisi pertahanan tengah pasukan Sang Kenari musim ini. Mempunyai saiz tubuh yang baik sebagai pemain pertahanan diharap dapat mengetuai barisan pertahanan KDA FC. Beliau akan memakai jersi nombor bagi saingan musim ini.
Berjuanglah Sejiwa Murni Bojan Ciger!