Zam terkilan dengan FAM

Zam terkilan dengan FAM

Assalamualaikum semua peminat industri bola sepak FAM,MFL yg dihormati,

Alhamdulillah,Kelantan FC semua gaji pemain tahun lepas semua dibayar.Takda isu kewangan.Isunya adalah Kelantan FC wajib & mesti dengar apa FAM suruh lakukan,Tetapi FAM tak perlu dengar apa masalah Kelab Kelantan FC.Dia tak faham yg Stadium takda orang masuk,pendapatan kurang dan kelab perlu uruskan cashflow dengan bijak.

Ringkas!
Pihak FAM hanya tahu denda, denda dan denda.
Kesilapan sendiri tak pernah tengok.

Terkini Kelantan FC akan didenda kerana tak hantar pasukan Belia bertanding.
Alasan, saya sendiri dah beritahu kita tak dapat hantar sebab FAM sendiri lambat bayar duit referee yg dah Kelab Kelantan FC lunaskan bagi pihak MFL tahun lepas.Fokus utama pada yang utama,Most important most urgent Most Important not urgent…perlu lihat keadaan dan utamakan yg utama.

TETAPI
Match tahun lepas dah habis, duit referee Kelantan FC dah dibayarkan dahulu.Tetapi sampai hari ini sesen pun tak dapat.Bang duit tu RM79,286.68, cukup dah untuk sebuah kelab Swasta ni tampung perbelanjaan budak2 belia.
Persoalannya, apa FAM baik MFL takda ke System rekod yg terus perlu bayar balik ke Kelab selepas advance dibuat. Apa payable account policy yang MFL ada? Berapa hari sepatutnya bayar semula kepada kelab?? Ini dah nak masuk March 2022, duit tak masuk lagi.

1.Seringkali kelab kena penuhi keperluan FAM MFL
2.Tetapi FAM MFL sendiri tak penuhi permintaan kelab,berunding dengan baik demi martabat bola sepak kita.
3.Apa anda ingat Kelantan FC perlu dibuli.
4.Apa anda ingat RM79,000 duit bayaran Referee yg kelab kelantan bayarkan itu kecil?
5.FAM perlu dirombak.MFL juga perlu dirombak total.
6.Anda ada wang berjuta, ada dana kerajaan lagi.Tetapi anda gagal bayar RM79,000 ke sebuah kelab..bukti anda gagal!..

Semoga Kelantan FC tak dibuli, didenda sewenang-wenangnya oleh pihak FAM yg jelas gagal capai matlamat KPI ke Piala Dunia 2014,2020.Anda yg set target tapi anda gagal. Anda ada duit banyak tapi mengapa tidak berjaya naikkan ranking.
Kelantan FC sering didenda,apakah denda kepada FAM MFL yg gagal?

Anda juga ingin dihormati.
Saya akan hormat, tetapi janganlah layan Kelantan FC macam budak kecil.
Jangan denda hanya mengikut perlembagaan tanpa melihat isu Covid19 pandemik yg menyebabkan ramai terkesan.

12 Feb 2022
AbuDhabi,UAE #zamsaham #kelantanfc

Sumber: Zamsaham

Gadmin

P