{"id":1132,"date":"2022-02-17T15:12:02","date_gmt":"2022-02-17T15:12:02","guid":{"rendered":"https:\/\/gawang.my\/?p=1132"},"modified":"2022-02-17T15:12:04","modified_gmt":"2022-02-17T15:12:04","slug":"siaran-media-kim-pan-gon-umum-barisan-kejurulatihan-skuad-harimau-malaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/gawang.my\/?p=1132","title":{"rendered":"SIARAN MEDIA: KIM PAN GON UMUM BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD HARIMAU MALAYA"},"content":{"rendered":"\n<p>Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah memperkenalkan ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Kim Pan Gon pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya yang mana ia merupakan sesi pertama beliau selepas tiba di tanah air dan selesai menjalani tempoh kuarantin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengendali dari Republik Korea itu yang bakal genap 53 tahun pada 1 Mei 2022 sebelum ini diumum namanya sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ketika sidang media selepas mesyuarat khas pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 pada 21 Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sesi sidang media hari ini, Pan Gon telah mengumumkan senarai barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang baharu di bawah kendaliannya iaitu Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara, seorang lagi penolong jurulatih iaitu dalam kalangan jurulatih tempatan akan dinamakan kemudian oleh Pan Gon dalam masa terdekat selepas beliau membuat penilaian akhir terhadap beberapa calonnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dengan satu penghormatan yang cukup tinggi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Presiden dan barisan Exco FAM kerana memberi peluang kepada saya, serta kepada para peminat yang menyambut baik kehadiran saya ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sudah biasa dengan projek F30 untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Dan saya amat sedar bahawa kita mempunyai matlamat untuk menjangkaui tahap Asia Tenggara. Matlamat inilah yang saya dan pasukan saya ini berada di sini untuk mencapainya. Saya berjanji bahawa saya dan pasukan saya ini akan cuba sedaya upaya untuk membawa pasukan kebangsaan Malaysia ke peringkat seterusnya. Saya percaya pasukan kebangsaan Malaysia mempunyai potensi yang besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap agar barisan kejurulatihan ini diberi masa untuk kami membina asas kukuh terlebih dahulu dan bergerak ke hadapan ke arah matlamat kami dengan memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti yang saya tahu bahawa moto negara Malaysia ialah \u201cperpaduan adalah kekuatan\u201d. Saya percaya jika semua boleh bersatu bersama-sama kami dengan sokongan dan kepercayaan anda semua, kita akan berjaya untuk mencapai matlamat kita.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sidang media turut dihadiri oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar; Pengarah Teknikal FAM, Scott O&#8217;Donell dan Exco FAM, Christopher Raj yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam FAM.<\/p>\n\n\n\n<p>Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon ini dijadual bertemu Filipina pada 23 Mac 2022 dan bertemu Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura sebagai persiapan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>*\u00a0<em>Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 17 Februari 2022<\/em><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"642\" src=\"https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-1024x642.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1134\" srcset=\"https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-1024x642.jpg 1024w, https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-scaled-600x376.jpg 600w, https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-300x188.jpg 300w, https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-768x482.jpg 768w, https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-1536x963.jpg 1536w, https:\/\/gawang.my\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/FAM_NEW_COACH-2-2048x1285.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong><u>PROFIL BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD HARIMAU MALAYA 2022<\/u><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. KIM PAN GON<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KETUA JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umur: 53 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh Lahir: 1 Mei 1969<\/p>\n\n\n\n<p>Negara: Republik Korea<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro AFC<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan Terdahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>2018-2022: Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)<\/p>\n\n\n\n<p>2012-2017: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong<\/p>\n\n\n\n<p>2011: Penolong Jurulatih Gyeongnam FC (Republik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p>2009-2010: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong<\/p>\n\n\n\n<p>2008-2010: Ketua jurulatih South China FC (Hong Kong)<\/p>\n\n\n\n<p>2005-2008: Penolong jurulatih Busan IPark FC (Republik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. PAU MARTI VICENTE<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>PENOLONG JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umur: 39 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh Lahir: 29 September 1983<\/p>\n\n\n\n<p>Negara: Sepanyol<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro UEFA<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan Terdahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>2021-2022: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-18<\/p>\n\n\n\n<p>2018-2021: Penolong Jurulatih FC Barcelona B<\/p>\n\n\n\n<p>2017-2018: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-19<\/p>\n\n\n\n<p>2013-2017: Penolong Jurulatih Adelaide United FC (Australia)<\/p>\n\n\n\n<p>2012-2013: Penolong Jurulatih Kebangsaan Hong Kong<\/p>\n\n\n\n<p>2012-2013: Penolong Jurulatih Kitchee SC (Hong Kong)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. (<em>AKAN DIUMUM KEMUDIAN<\/em>)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>PENOLONG JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>4. CHO JUNHO<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>JURULATIH PENJAGA GOL PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umur: 49 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh Lahir: 28 April 1973<\/p>\n\n\n\n<p>Negara: Republik Korea<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A AFC dan Lesen GK Level 3 AFC<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan Terdahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>2020-2021: Jurulatih Penjaga Gol Chiangrai United (Thailand)<\/p>\n\n\n\n<p>2018-2019: Jurulatih Penjaga Gol Zhongnan Codion FC (China)<\/p>\n\n\n\n<p>2017: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-16 Wanita Republik Korea<\/p>\n\n\n\n<p>2014-2016: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-15 &amp; B-18 FC Seoul (Repulik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p>2011-2013: Jurulatih Penjaga Gol Daegu FC (Republik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>5. DR. GOKHAN KANDEMIR<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>JURULATIH KECERGASAN PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umur: 35 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh Lahir: 22 Januari 1987<\/p>\n\n\n\n<p>Negara: Turki<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A UEFA<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Akademik: PhD (Movement and Exercise Science) Ankara University Sports Science<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan Terdahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>2021-2022: Jurulatih Kecergasan Kocaelispor (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p>2018-2021: Ketua Jabatan Prestasi Trabzonspor (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p>2017-2018: Jurulatih Kecergasan MKE Ankarag\u00fcc\u00fc (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p>2016-2017: Jurulatih Kecergasan Akademi Remaja Trabzonspor (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p>2016-2017: Jurulatih Kecergasan Gaziantepspor (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p>2014-2016: Jurulatih Kecergasan 1461 Trabzon (Turki)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>6. LIM JAEHUN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>JURULATIH ANALISIS PRESTASI PASUKAN KEBANGSAAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umur: 33 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh Lahir: 7 Julai 1989<\/p>\n\n\n\n<p>Negara: Republik Korea<\/p>\n\n\n\n<p>Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A AFC\/KFA dan Sijil Analisis Bolasepak KFA<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan Terdahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>2019-2021: Jurulatih Analisis Prestasi Seoul E-land FC (Republik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p>2016-2019: Juruanalisis Prestasi di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)<\/p>\n\n\n\n<p>2015-2016: Juruanalisis Prestasi Pohang Steelers FC (Republik Korea)<\/p>\n\n\n\n<p>2014-2015: Juruanalisis Prestasi Shenzhen FC (China)<\/p>\n\n\n\n<p>2013-2014: Juruanalisis Prestasi Daegu FC (Republik Korea)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah memperkenalkan ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Kim Pan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1133,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,265],"tags":[],"class_list":["post-1132","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bola","category-harimau-malaya"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1132"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1135,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1132\/revisions\/1135"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1133"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/gawang.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}