Jihin Radzuan tewaskan Mei Yamaguchi

Bintang MMA negara, Jihin Radzuan berjaya menewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun dalam pertarungan catchweight di ONE: BAD BLOOD yang berlangsung di Singapura pada Jumaat.
Jihin menang menerusi keputusan sebulat suara juri yang jelas membuat Yamaguchi meluahkan kekecewaannya di laman twitter.
Jihin kini memiliki rekod 7-2 dalam karier MMA profesionalnya.
Sumber: Dunia Sukan Online