Malaysia Bakal Beraksi di Kejohanan Piala Dunia Remaja Wanita 2022

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan akan menyertai FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 yang akan berlangsung pada 1 hingga 12 April 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan.Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selaku badan induk hoki dunia telah menghantar tawaran kepada KHM petang ini untuk menyertai kejohanan tersebut ekoran terdapat satu slot kosong bagi benua Asia selepas Jepun membuat keputusan untuk menarik diri. Artikel Penuh: https://mhc.org.my/?p=7948