Membelah Arus: KL Wellness City Memantapkan Pasukan Melalui Perlumbaan Perahu Naga

Kuala Lumpur, 1 November 2022 – KL Wellness City Sdn Bhd, pembangun berwawasan hab
kesihatan bersepadu 360 darjah, telah menganjurkan Perlumbaan Perahu Naga di Kelab Tasik
Putrajaya pada hujung minggu lalu bagi mempromosikan nilai-nilai murni seperti daya tahan,
ketekunan dan semangat berpasukan dalam kalangan warga KL Wellness City. Berpandukan
pukulan gendang, para peserta perlu mendayung perahu dan bersaing untuk memenangi
perlumbaan tersebut. Ternyata para peserta yang mengambil bahagian dapat merasai
semangat bersatu padu dalam menjayakan sesebuah matlamat sebagai sebuah unit.
Seramai 14 orang warga KL Wellness City telah menyertai perlumbaan perahu tersebut yang
bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Mereka mempelajari nilai semangat kental melalui
kesepaduan pasukan dan kemesraan antara mereka.
Sebelum acara dimulakan, Pasukan Rogue Malaya Dragonboat, penganjur bersama bagi acara
ini telah memberi taklimat keselamatan dan teknik asas mendayung sebelum memulakan
aktiviti.

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, Pengarah Eksekutif Penjenamaan, Jualan & Pemasaran KL
Wellness City, berpendapat bahawa perlumbaan perahu naga ini melambangkan asas kepada
usaha berpasukan yang diperlukan untuk membina sebuah organisasi yang kukuh di mana
setiap anggota pasukan di dalam perahu perlu bekerjasama untuk mengayuh secara teratur
dan serentak. Beliau berkata, “Sebagai sebuah pembangun berwawasan hab kesihatan
bersepadu yang pertama di Asia Tenggara, terdapat pelbagai perkara yang perlu dicapai untuk
memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dari segi penjagaan kesihatan secara
khususnya. Hanya melalui semangat kolaboratif yang kukuh teratur mampu menjadi tanda
aras kejayaan,”
“Apabila menjadi pendayung perahu naga, setiap orang tanpa mengira latar belakang dan
tahap kecergasan perlu belajar untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan sebagai sebuah pasukan. Kami berharap lumba perahu naga KL Well City yang
julung kali diadakan ini memberi aspirasi kepada warga kerja kami untuk bersatu padu sebagai
sebuah pasukan dan yang paling penting, menimba pengalaman ke arah menjadi insan yang
lebih cergas. Semangat kerja berpasukan, ketabahan dan daya tahan adalah antara nilai-nilai
penting ke arah pembentukan sesebuah perbandaran yang lebih sihat dan mampan.” Dato’ Sri
Dr. Vincent Tiew menambah.
KL WELLNESS CITY SDN BHD (1210556-A)
Level 9, Iskandar Wing, Brunsfield Oasis Tower 3
No. 2, Jalan PJU 1A/7A,
Oasis Square, Oasis Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor DE, MALAYSIA
t +603-7621 1111 | f +603-7621 9999
Acara lumba perahu naga adalah sebahagian daripada inisiatif CSR KL Wellness City yang
berterusan ke arah memperkasa masyarakat dalam mengamalkan pelbagai senaman sihat,
untuk warga kerja secara khususnya dan masyarakat secara amnya. Sebagai sebuah jenama
yang berpegang pada misi untuk memperkukuh penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup
dalam masyarakat yang lebih baik, KL Wellness City merupakan penaja pasukan Rogue
Malaya Dragonboat dan secara aktif mencari peluang CSR lain yang mendorong masyarakat
untuk mengamalkan gaya hidup sihat.