“Bergson Pecah Rekod,JDT Pecah Sabah”

“Bergson Pecah Rekod,JDT Pecah Sabah”

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan dominasi mutlak di Liga Super apabila membelasah Sabah FC 8-0 dalam aksi penuh bergaya di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Gol pertama hadir seawal minit ke-6 menerusi Óscar Arribas,sebelum João Figueiredo meledak hatrik pantas (11’, 23’, 45+2’) yang mematikan semangat pelawat.

Raúl Parra menambah derita Sabah dengan gol ke-4 sebelum rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Bergson Da Silva mengambil alih pentas “hatrik” bergaya termasuk satu penalti (61’, 74’, 90+2’) menjadikan beliau penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman dengan 109 gol.

Sabah gagal memberi tentangan,terperangkap dalam tekanan tinggi JDT.Arif Aiman dan Corbin Ong menjadi pemusnah dari sisi,mencipta peluang demi peluang.

Dengan kemenangan ini,JDT kekal 100% musim ini dan menghantar amaran keras kepada semua pencabar Harimau Selatan masih berbisa.

Avatar photo

Gadmin