Selangor belasah PDRM

Selangor belasah PDRM

Selangor menamatkan saingan Liga Super Malaysia musim ini dengan penuh bergaya apabila membelasah PDRM 6-0 dalam aksi terakhir musim (Matchday 25/26). Kemenangan besar itu membuktikan kehebatan dan konsistensi skuad Gergasi Merah sepanjang kempen musim ini.

Sejak wisel permulaan, Selangor terus menguasai permainan dengan serangan bertali arus sehingga pertahanan PDRM gagal mengekang asakan. Jaringan demi jaringan hadir untuk menghadiahkan kemenangan bergaya buat penyokong yang hadir.

Kejayaan ini turut mengesahkan Selangor menamatkan musim di kedudukan ke-3 Liga Super, di belakang juara JDT dan naib juara Kuching City, satu pencapaian yang tetap membanggakan buat kem merah kuning.

Walaupun tidak berjaya menamatkan musim di tangga teratas, Selangor menunjukkan peningkatan besar dan kekal menjadi pencabar utama dalam saingan bola sepak negara.

Keputusan penuh:
Selangor 6️⃣-0️⃣ PDRM

Gadmin