JDT Realm of 12 gegar Stadium Sultan Ibrahim

JDT Realm of 12 gegar Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Super buat kali ke‑12 berturut‑turut.


Sambutan kemenangan itu berlangsung meriah dalam The Realm of 12 Celebration Programme di Stadium Sultan Ibrahim,semalam.
Seawal pagi,penyokong membanjiri Stadium Sultan Ibrahim untuk meriahkan lagi sambutan pada malam ini. Pelbagai aktiviti FanFest yang santai seperti e‑games,pameran kereta dan sukan rakyat.

Petang pula dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan termasuk Ella,SonaOne,Cherpen dan Plague of Happiness.

Kemuncak acara bermula jam 8 malam apabila stadium bergema dengan persembahan antarabangsa.
Antaranya kumpulan 50 Cent,Royal Family dan kumpulan tari legenda Jabbawockeez.

Persembahan drone,AR tiger serta bunga api menambah seri sambutan bersejarah itu.Sambutan yang luar biasa “GAH” meninggalkan kenangan manis buat penyokong Harimau Selatan yang terus setia bersama pasukan.

Gadmin