Imigresen FC berjaya mencatat kemenangan sulung
Imigresen FC berjaya mencatat kemenangan sulung di Stadium Tuanku Syed Putra.
Pasukan DPMM FC berjaya mendahului jaringan pada minit ke 12″ menerusi jaringan Jordan Murray, selang dua minit kemudian Wilmar Jordan menyamakan kedudukan. Namun kebangkitan dramatik tuan rumah pada separuh masa kedua jaringan daripada Fadzrul Daniel dan Fayadh Zulkifli memastikan tiga mata berharga kekal di bumi Perlis.
Keputusan penuh
IMIGRESEN FC (3) – (1) DPMM FC

