Selangor FC belasah Negeri Sembilan FC

Selangor FC belasah Negeri Sembilan FC

Selangor FC meraih kemenangan gemilang apabila menentang Negeri Sembilan FC dengan skor akhir 4-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya petang tadi. Dalam perlawanan tersebut, penampilan cemerlang pemain import Selangor FC, Yohandry Orozoo yang berjaya menghasilkan dua jaringan pada minit ke-6 dan minit ke-14. Manakala, Alvin Fortes turut mengukir namanya dalam sejarah perlawanan itu dengan dua jaringan yang dihasilkannya pada minit ke-45 dan ke-68. Kejayaan Selangor FC dalam memenangi perlawanan ini adalah hasil daripada usaha bersama dan kerjasama pasukan yang kukuh di atas padang tanpa tonggak utama mereka Faisal Halim atau panggilan ” Mickey” yang masih lagi dalam proses rawatan.

Walaupun Selangor FC berjaya menjaringkan empat gol yang mengagumkan, mereka tidak berjaya mengambil peluang ketika diberikan penalti selepas bantuan VAR. Selangor FC kini menunjukkan prestasi yang membanggakan dan diharapkan dapat terus memberikan persembahan yang cemerlang dalam perlawanan akan datang.

Avatar photo

Gadmin