PERLAWANAN PERSAHABATAN ASEAN ALL-STAR VS MANCHESTER UNITED

Pasukan ASEAN All-Stars berjaya melakukan kejutan menewaskan Manchester United 1-0 untuk menjulang Piala Cabaran Maybank dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain Myanmar, Mg Mg Lwin pada minit ke-71, sekali gus menghadiahkan kemenangan berprestij kepada barisan bintang pilihan ASEAN.
Kekalahan ini menambah luka buat The Red Devils yang terus bergelut dengan prestasi hambar musim ini, termasuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15 tanpa sebarang kejuaraan.


